Describe something about me ..





Assalammualaikum .. 



Nama diberi oleh kedua insan yang disayangi ialah Norhasniza Binti Abd Razak. Berusia 19 tahun yang merupakan lepasan matrikulasi iaitu Kolej Matrikulasi Melaka (KMM), sesi 2016/2017.Berasal daripada Melaka dan juga dilahirkan di Melaka pada tarikh 8 Mei 1998 . 

Bersekolah di Sk Telok Mas Melaka dari darjah 1-6 dan SMK Telok Mas Melaka dari tingkatan 1-5 . Merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik dengan memiliki seorang adik lelaki (bongsu) dan seorang kakak (sulung).

Diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada sesi 2017/2018 untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran perniagaan (kepujian) di fakulti ekonomi dan pegurusan. 

Syukur ke hadrat illahi kerna diterima untuk belajar di sebuah institusi yang terkenal di rantau asia kini. Saya tidak pernah terfikir untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap ini , bahkan merupakan pelajar yang mempunyai keputusan spm yang agak mengecewakan. 

Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas , Dia berikan saya peluang yang amat berharga untuk capai cita cita saya dan untuk mengubah nasib keluarga saya. 

Itu sahaja yang dapat di sampaikan di post pertama ini. terima kasih kerana sudi membaca . 








Comments

Popular posts from this blog

Punca Kanser Paru-paru Rawatan

Resepi Paru Berlado

Cheese Tart Buncit Buncit dan Montok Montok !