Resepi Brownies Kedut!! 400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate 150 gm unsalted butter 100 gm gula perang 100 gm gula kastor 4 biji telur ~ gred A 1 sudu kecil esen vanilla 100 gm tepung naik sendiri 30 gm serbuk koko Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph! Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat mas...