Sangkaya ala Boat Noodle
Sangkaya Bai Toey (Thai Pandan Custard)
Bahan2nya
5-6 Helai Daun Pandan di ambil airnya sahaja
1 biji Telur
250ml Susu Cair
250ml Air
150g Gula
2 sudu besar Tepung Jagung
Secubit Garam
Cara2 Memasak
1. Blender daun pandan dgn air ( setengah cawan)...tapis air daun pandan td.
2. Masukkan telur dan gula, di kacau sebati...
3. Masukkan susu, air daun pandan dan tepung jagung, dalam pengadun dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan bahan yang disediakan dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau..selama 20 minit
5.Setelah ianya likat...matikan api tunggu sehingga ia menjadi sejuk.
6. Hidangkan bersama susu cair untuk rasa lebih umpphh..
7. Bahan paling penting Roti Bengali yg telah anda Stimkan...atau di bakar ..ikut selera anda
Menjadikk jugak laaa Ahkak masak sangkaya niee...
Memang sangat layan...Ahkak siap beli Pengukus
Buluh cam dekat Boat Noodle tu...baru layann makan roti stim niehh...
Kalau malas masak..korang pegi laa order dekat Boat Noodle nie
sebekas RM6.90 lom masuk GST hehhehe...
Daaa nanti kiter jumpa lagi yerrr
Comments
Post a Comment